Monday, May 30, 2011

Adat kita......

Kalau nak cerita bab budi bahasa ni, agak sensitif jugaklah kerana pendapat di antara satu sama lain ni mmg berbeza beza. Kalau diterapkan dari kecil InsyaAllah....semuanya beres. Uols pernah tak jumpa budak2 / remaja yg jumpa kita (kira dah mak cik pak cik lah kita ni kan..)...dorang buat bodoh je..tak salam pun....walhal tercongok duduk depan dia...Pernah kan? Apa pandangan uols?? No hi, no apa khabar mak cik.....dan....tak salam kita langsung....eeeeeee........apa kah? Sedangkan kita tahu dia seorang anak pasangan yg sangat "educated" .....anak kepada degree holder lagi babe.......Tapi...kenapa benda yg simple tu tak diterapkan ke jiwa anak2?. Choceys pun bukanlah perfect dlm mendidik ni......tapi....benda yg simple itulah yg paling sensitif di kalangan masyarakat "melayu" kita....kan uols?...Walaupun tak semua ibu bapa yg alpa dgn didikan tentang adab ni....tapi pada Choceys ini sangat merbahaya.....Melayu kita sangat kaya dgn nilai2 murni....tapi kekayaan budi bahasa itu nampaknya makin terhakis bersaing dengan pembangunan dan aliran zaman IT. Gerun...masa akan datang bagaimana lah pulak......Uols.....harapan Choceys....buat semua sahabat Choceys...sama2lah kita kekalkan anak2 kita dengan adab melayu kita yg tinggi dengan budi bahasa, jangan menyombong diri.....dan buta sopan. Choceys ingin memohon kepada semua sahabat2 Choceys, andai terserempak dgn anak2 Choceys Seri Eleena, Irfan Aiman & Irsyad Amnan berlaku tidak sesuai budi, berlaku tidak sopan peribadi......dgn menyusun jari 10 Choceys pohon...tegurlah anak2 Choceys andai mereka longgar budi dan sempit bahasa......Ingat mengingati sesama kita....InsyaAllah.....akan tetap kayalah budi bahasa anak2 kita...

No comments:

Post a Comment