Friday, April 5, 2013

Sabarlah.....

Salam semua.......yang jauh.....yang dekat.........yang kenal....yang tak kenal.....
Dalam hidup kita yang serba mencabar.......masih bersyukur kerana kebahagiaan hidup kurniaan Allah s.w.t. Baik di samping keluarga mahupun sahabat. Tidak pasti perjalanan hidup kita masih panjang ataupun sebaliknya.....namun yang pasti....kematian semakin menghampiri.

Saya menjadi terkedu bila seorang sahabat telah ditinggalkan suami gara2 suami telah mendapat kasih baru. Sampai hati......apakah dia tidak memikirkan langsung isteri yg telah sama2 mengharungi susah senang bertahun2 hidup dengannya.......Tidak ada sedikitkah perasaan belas pada anak2 yang sedang membesar hanya kerana seorang wanita lain yang tak berapa tahun sahaja dikenali. Hebat sungguh wanita yg merampas kasih sayang seorang suami & ayah ini......hebat sungguh........hinggakan semua yang dibina musnah sekelip mata........hebat sungguh wanita ini. Ingin sangat saya melihat wanita ini.......ingin sangat saya tahu apa kehebatan yang dia ada berbanding sahabat saya ini. 

Saya terlalu simpati dengan sahabat saya ini.....namun saya tahu.....dia seorang yang kuat. Saya tak tahu andai saya di tempat dia.....kuatkah saya?......Terus terang saya akui.....Saya tidak kuat......walaupun saya bekerjaya.....walaupun saya nampak tegas dan berwibawa.....tapi sungguh.......memang saya tidak sekuat sahabat saya. 


Utk Sahabatku tersayang.....

Sabarlah duhai sahabat. Allah maha mengetahui.......Setiap rencana untukmu adalah yang terbaik dari Allah. Hidup harus diteruskan........apa yang saya mampu katakan disini......kuatlah kamu demi Allah dan anak2mu. 

Salam rindu buatmu dari Selatan...........

Choc Eyes

Tuesday, April 2, 2013

KAU PERGI JUA.........

Dah berabuk rumah Choc Eyes.......agak sibuk lately...jaga suami sakit......urus anak2......Terpandang akan status Dana Sinar Fauziah memaklumakan kembalinya Fauziah @ Gee....isteri tersayang rakan blogger Choc Eyes En Abil, ke Rahmatullah benar2 membuatkan Choc Eyes tersentak........Owh.......akhirnya Kau pergi juga sahabatku Gee. Walau tak pernah bertemu...namun setiap entry kasih sayang En Abil utk kamu, Choc Eyes merasakan kita telah mengenali antara satu sama lain Gee.......Setiap entry suamimu menjadi khabar rutin dirimu utk penetahuan Choc Eyes yang jauh di Selatan....Hajat untuk bertemu kamu tak kesampaian juga akhirnya Gee.

Gee.....kalaulah itu ketentuan untukmu....Choc Eyes dan rakan2 redha akan pemrgianmu ke Hadrat Ilahi. Semuga kau damai di sana sahabatku Gee.

Allahummaghfirlaha warhamha wa a'fiha wa'fuanha...waadkhilha ila jannatil firdausil 'ula... (Ya Allah ampunkan lah dia dan kasihilah dia,berikn keselamatan kepadanya,dan masukkan dia dalam syurga jannah yang tertinggi...aminnnn)

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
[
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku
Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa